Aug 17, 2010

PECAH RUMAH

Pada 12.7.2010, lebih kurang jam 9.30, penduduk Taman dapat berita bahawa sebuah rumah di lorong 1/4 fasa 1 telah dipecah masuk oleh pencuri. Penduduk taman berkumpul bersama-sama dengan anggota polis untuk menangkap pencuri tetapi pencuri dapat meloloskan diri lebih awal. Kerjasama dari semua penduduk agar berhati-hati dan lebih prihatin agar perkara-perkara seperti ini tidak berulang. Terima kasih kepada semua penduduk yang telah memberi kerjasama
Pencuri memecah tingkap bilik air belakang
 Polis tiba di tempat kejadian
 Anggota polis cuba mencari pencuri yang berkemungkinan bersembunyi di dalam rumah tetapi telah melarikan diri
Penduduk taman turut mengawasi kawasan
Bersatu hati memerangi jenayah
Turut bersama-sama pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk 

2 comments:

  1. Saya kira isu kecurian dan pecah rumah bukan baru. Berapakah statistik kejadian mengikut tahun ? Sebanyak manakah pula kes yang berjaya diselesaikan? Kini musim perayaan menghampiri, diharap penduduk semua ada menyimpan no talian balai polis. Tolong rekodkan semua nombor pendaftaran kenderaan yang tidak dikenali dan mencurigakan yang berlegar disekitar kawasan anda sebagai langkah berjaga jaga.

    ReplyDelete
  2. Selepas mesyuarat pembenterasan jenayah jawatankuasa penduduk dengan pihak PDRM, kita dapati, Taman Desiran Malawati merupakan rangking jenayah taman daerah Kuala Selangor yang ke DUA .Jadi pihak AJK sedang mengumpul report2 yang telah dibuat oleh penduduk taman agar dapat tindakan dari pihak PDRM seperti kerap meronda...

    ReplyDelete