Oct 27, 2011

Rumah dipecah lagi

Assalamualaikum.. Rumah di kawasan taman kita dipecah lagi.. ini menggugat keselamatan kita setaman. Rumah no 37 fasa 3 telah dipecah. Pemilik rumah bercuti dan sedar pada pagi 27 Oktober 2011 rumah beliau telah dipecah. Beberapa barang berharga telah hilang.. Sekali lagi diseru semua jiran agar prihatin dengan kehadiran orang luar di dalam kawasan Taman perumahan kita...

Oct 25, 2011

Rumah kena pecah

Assalamualaikum kepada semua jiran yang dihormati. Rumah jiran kita Cikgu Zaini(Fasa 1 depan padang) kena pecah lagi. Kejadian berlaku antara jam 6.30 petang hingga jam 7.00petang 25 Oktober 2011. LCD TV dan duit telah dicuri. Modus operandi ialah meletakkan seorang wanita dan kanak-kanak diluar rumah agar jiran-jiran lain tidak syak perbuatan mereka. Marilah kita mengeratkan lagi hubungan sesama jiran agar perkara-perkara seperti ini dapat dicegah.

Oct 9, 2011

Khariat kematian

Assalamualaikum... Taman Desiran Malawati telah menubuhkan Khariat Kematian bagi penduduk yang beragama Islam. Sesiapa yang belum menyerahkan borang atau ingin mendapatkan borang keahlian khariat,sila hubungi En Abdullah Malik no telefon 0133382797. Buat tindakan segera kerana mesyuarat jawatankuasa akan bersidang tidak lama lagi.

Oct 8, 2011

Pembinaan gelanggang pentaque baru

Persatuan Pentaque Taman Desiran Malawati telah membina gelanggang pentaque baru berhadapan Stor JKR/Kemas (dekat markas Desiran) dengan menggunakan peruntukan kutipan dan sumbangan ahli-ahli pentaque. Sesiapa sahaja yang ingin bermain, dipersilakan ke gelanggang tersebut.







Oct 5, 2011

SALAM TAKZIAH

Semua penduduk Taman Desiran Malawati mengucapkan salam takziah kepada keluarga En Saad rumah no 8,  Jalan 1/4(Fasa1) kerana beliau telah kembali kerahmatullah pada 4Oktober  2011 dan Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan pada 5Oktober 2011 di Kg Teluk Piai.. Sama-samalah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.