Nov 3, 2011

Cubaan merompak bersenjata di Taman Desiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 3 November 2011 dalam lingkungan jam 9.15 malam, 4 orang penjenayah bersenjatakan parang, telah melompat masuk ke rumah jiran kita En Ahseng(banglo). Jeritan yang kuat dari jiran yang melihat, menyebabkan mereka lari meninggalkan rumah mangsa.
Kita sebagai jiran, mesti sentiasa beringat dan sentiasa menanamkan sikap syakwasangka kepada sesiapa sahaja yang tidak dikenali berada di dalam kawasan taman kita. Sama-samalah kita menjaga keselamatan taman.. Lihat rakaman cctv  di bawah sungguh mengerikan

Oct 27, 2011

Rumah dipecah lagi

Assalamualaikum.. Rumah di kawasan taman kita dipecah lagi.. ini menggugat keselamatan kita setaman. Rumah no 37 fasa 3 telah dipecah. Pemilik rumah bercuti dan sedar pada pagi 27 Oktober 2011 rumah beliau telah dipecah. Beberapa barang berharga telah hilang.. Sekali lagi diseru semua jiran agar prihatin dengan kehadiran orang luar di dalam kawasan Taman perumahan kita...

Oct 25, 2011

Rumah kena pecah

Assalamualaikum kepada semua jiran yang dihormati. Rumah jiran kita Cikgu Zaini(Fasa 1 depan padang) kena pecah lagi. Kejadian berlaku antara jam 6.30 petang hingga jam 7.00petang 25 Oktober 2011. LCD TV dan duit telah dicuri. Modus operandi ialah meletakkan seorang wanita dan kanak-kanak diluar rumah agar jiran-jiran lain tidak syak perbuatan mereka. Marilah kita mengeratkan lagi hubungan sesama jiran agar perkara-perkara seperti ini dapat dicegah.

Oct 9, 2011

Khariat kematian

Assalamualaikum... Taman Desiran Malawati telah menubuhkan Khariat Kematian bagi penduduk yang beragama Islam. Sesiapa yang belum menyerahkan borang atau ingin mendapatkan borang keahlian khariat,sila hubungi En Abdullah Malik no telefon 0133382797. Buat tindakan segera kerana mesyuarat jawatankuasa akan bersidang tidak lama lagi.

Oct 8, 2011

Pembinaan gelanggang pentaque baru

Persatuan Pentaque Taman Desiran Malawati telah membina gelanggang pentaque baru berhadapan Stor JKR/Kemas (dekat markas Desiran) dengan menggunakan peruntukan kutipan dan sumbangan ahli-ahli pentaque. Sesiapa sahaja yang ingin bermain, dipersilakan ke gelanggang tersebut.







Oct 5, 2011

SALAM TAKZIAH

Semua penduduk Taman Desiran Malawati mengucapkan salam takziah kepada keluarga En Saad rumah no 8,  Jalan 1/4(Fasa1) kerana beliau telah kembali kerahmatullah pada 4Oktober  2011 dan Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan pada 5Oktober 2011 di Kg Teluk Piai.. Sama-samalah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Sep 13, 2011

Keputusan Mesyuarat JKP

MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK TELAH DIADAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2011. DALAM MESYUARAT TERSEBUT, BEBERAPA PERKARA TELAH DIBINCANGKAN.

1. JAMUAN HARI RAYA AKAN DIADAKAN PADA KETETEPAN BERIKUT:
TARIKH:17.9.2011
MASA:8.30MALAM
TEMPAT: JALAN UTAMA KE TAMAN DESIRAN
KERJA-KERJA: DIMULAKAN DARI TENGAH HARI BERTEMPAT DI HADAPAN RUMAH EN SAIFUL FASA 1 LORONG 1/2

SEMUA DIJEMPUT HADIR

2. KHARIAT KEMATIAN.
AKAN DIWUJUDKAN. PERLEMBAGAAN TELAH DIBUAT DAN BOLEH DIKEMASKINIKAN LAGI. YURAN KEAHLIAN RM30 DAN SETIAP KEMATIAN AKAN DIKUTIP RM5. SEMUA DIGALAKKAN MENJADI AHLI.
BORANG AKAN DIEDARKAN DAN BOLEH DIAMBIL SEMASA JAMUAN HARI RAYA