Aug 25, 2010

MENGISI MAKLUMAT PENDUDUK TAMAN DESIRAN

BEBERAPA ORANG JAWATANKUASA PENDUDUK TELAH BERKUMPUL DI RUMAH EN KHALID UNTUK MEMERIKSA BORANG BANCIAN MAKLUMAT PENDUDUK PADA 20 OGOS 2010 HARI JUMAAT DARI PUKUL 11.00 MALAM HINGGA 1.30 PAGI. SETELAH MENYEMAK DAN MENGISI MAKLUMAT TERSEBUT, DIDAPATI RAMAI LAGI PENDUDUK YANG BELUM MENYERAHKAN BORANG BANCIAN MAKLUMAT SERTA YURAN PERSATUAN PENDUDUK SEJUMLAH RM20.00.

SEMUA BEKERJASAMA MENYEMAK BORANG SERTA
PELAN PEMBANGUNAN TAMAN DESIRAN MALAWATI
SEMPAT JUGA MAKAN LEBIH MOREH SAMBIL MEMBUAT KERJA
TOK PENGHULU EN SUHAILI SENTIASA MEMANTAU PEKERJA BAWAHANNYA....

Aug 17, 2010

View kawasan taman

  PAPAN TANDA TAMAN DESIRAN MALAWATI
Jalan Masuk ke Taman Fasa 1
Lorong Taman fasa 2


 Deretan rumah di fasa 2

 Kawasan padang di fasa 2
 Kawasan padang di fasa2
 Rumah semi-D di fasa 2
 Rumah teres 2 tingkat di fasa 2

 Papan tanda Taman Desiran Malawati
 Jalan Masuk ke Fasa 2
 Jalan Masuk utama Fasa 1

 Kawasan permainan di Fasa 1
 Rumah teres fasa 1
 Kanak-kanak bermain dengan selesa di kawasan taman
 Melayu, Cina dan India sama-sama bermain tanda perpaduan erat

PEMBERSIHAN KAWASAN

PEMBERSIHAN KAWASAN SEMAK DI KAWASAN LAPANG FASA 1
KAWASAN TERSEBUT TERPAKSA DIBERSIHKAN KERANA PENDUDUK TAMAN TELAH MENJUMPAI SARANG PENAGIH DI DALAM KAWASAN TERSEBUT

PECAH RUMAH

Pada 12.7.2010, lebih kurang jam 9.30, penduduk Taman dapat berita bahawa sebuah rumah di lorong 1/4 fasa 1 telah dipecah masuk oleh pencuri. Penduduk taman berkumpul bersama-sama dengan anggota polis untuk menangkap pencuri tetapi pencuri dapat meloloskan diri lebih awal. Kerjasama dari semua penduduk agar berhati-hati dan lebih prihatin agar perkara-perkara seperti ini tidak berulang. Terima kasih kepada semua penduduk yang telah memberi kerjasama
Pencuri memecah tingkap bilik air belakang
 Polis tiba di tempat kejadian
 Anggota polis cuba mencari pencuri yang berkemungkinan bersembunyi di dalam rumah tetapi telah melarikan diri
Penduduk taman turut mengawasi kawasan
Bersatu hati memerangi jenayah
Turut bersama-sama pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk 

Gelanggang petong

BERHADAPAN RUMAH EN KHALID LORONG 1/2 FASA 1 TELAH DICADANG UNTUK MEMBUAT GELANGGAN PETONG. BAGI YANG BERMINAT BOLEHLAH SERTAI DAN SAMA-SAMA BERMAIN PETONG. SUMBANGAN ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI PASIR DI KAWASAN GELANGGANG TERSEBUT
 Kerja-kerja meratakan tanah sedang dijalankan
 Kawasan tak berapa besar tapi memadai untuk sama-sama bermain petong
 En Khalid sebagai pengarah projek
 Pengarah projek sedang menunjukkan tempat yang perlu diratakan
 Assistant projek manager En Saiful
 Kawasan yang telah diratakan
Kawasan ini akan menjadi tempat berkumpul penduduk taman untuk bermain petong
Kawasan yang telah diturap dengan pasir

 Kerjasama yang erat penduduk taman untuk memastikan projek berjalan lancar

Salam takziah

AL FATIHAH....TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA USTAZ RAHMAN KE ATAS PEMERGIAN ANAKNYA  KERAHMATULLAH. ANAK BELIAU TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH SELAMA DUA MINGGU DI DALAM PERUT KERANA KOMPLIKASI SEMASA MENGANDUNG.DAN PADA 15 OGOS 2010 JENAZAH YANG BERUSIA TUJUH BULAN TELAH DIKEBUMIKAN DITANAH PERKUBURAN ORANG ISLAM TELUK PIAH

 Ustaz Rahman membawa jenazah anak beliau

Beberapa orang penduduk yang mengiringi jenazah ke kubur



Menunggu untuk disemadikan







Jenazah telah disemadikan





Bacaan tahlil dilakukan diperkarangan kubur