Aug 18, 2011

Kecurian Kabel

Kecurian kabel telekom telah berlaku pada 18.8.2011 jam 5 pagi di lorong antara 1/6 - 1/8. Seorang penduduk ternampak aktivit mencuri kabel sedang berlaku dan terus menelefon jiran-jiran. Lebih kurang 13 orang jiran keluar untuk mencari dan menangkap pencuri tersebut tetapi dapat melepaskan diri. Suspek 2 lelaki India. 

Semua penduduk diingatkan lebih berhati-hati dan sama-sama menjaga keselamatan Taman kita.





















Aug 15, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK

MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK TELAH DIADAKAN PADA 13 OGOS 2011 JAM 10.30 MALAM. DALAM MESYUARAT TERSEBUT BEBERAPA PERKARA TELAH DIBINCANGAKAN ANTARANYA:

1. PENUBUHAN KHARIAT KEMATIAN TAMAN DESIRAN. YURAN RM30 SATU KELUARGA DAN SETIAP KEMATIAN, KUTIPAN RM5

2. PROGRAM BUBUR LAMBUK. AKAN DIADAKAN PADA 21 OGOS 2011. LOKASI PERLAKSANAAN, RUMAH PENGERUSI JKP. SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MENYEDIAKAN BUBUR LAMBUK.

3. BANTAHAN PEMBINAAN RUMAH KEDAI DI TAPAK CLUB HOUSE KERANA IA MENGUNDANG PELBAGAI MASALAH KERANA BERKEMUNGKINAN BESAR TEMPAT TERSEBUT AKAN MENJADI LOKASI SARANG BURUNG WALET. SELAIN ITU, KETENTERAMAN DAN KEAMANAN SELAMA INI, AKAN TERJEJAS KERANA ADANYA TEMPAT KOMERSIAL SEPERTI ITU DI TAMAN DESIRAN MALAWATI